Saturday 27 October 2012



Setiap hati mempunyai berbagai perasaan betul tak ? Macam tu juga hati aku. Aku ada rasa gembira, sedih, cemburu dan bermacam perasaan lagi aku rasa, begitu juga yang lain. Cemburu ? Suatu perasaan yang sangat sakit bila kita rasai. Sangat-sangat sakit bila dipendam dan sangat-sangat susah untuk diluahkan. 

Kepada awak berdua, jujur hati aku cemburu dengan apa yang berlaku. Terhadap keakraban kalian, terhadap setiap gurauan kalian dan berbagai lagi. Hati aku sakit, hati aku kadang kala terluka dan hati aku kadang kala menangis sendiri. Susah, susah untuk diluahkan dengan kata-kata. Mungkin aku perlu biarkan kalian bersama jika kalian serasi. Biarlah hati aku sakit, biarlah hati aku terluka, janji kalian bahagia.

Aku dah pernah merasakan begini sebelum ni. Aku mengundur diri dengan penuh cacian dan fitnah. Aku terima kerana ramai menganggap aku yang salah kerana aku melarikan diri, tetapi aku melarikan diri kerana tak nak sesiapa menerima tohmahan itu.Cemburu ? Jealous ? Satu makna yang sama. Jujur aku kata, setiap kali keakraban kalian aku tahu, aku merasa aku harus pergi. Biarlah hati aku bersedih tapi kalian bahagia. Maaflah seandainya ada yang berasa hati, tapi in yang aku rasakan. Kehadiran dia terlebih dahulu sebelum aku. Tanpa dia, kau tidak bertemu dengan aku. Aku akui setiap perkara kau bagitahu aku, tapi hanya sekadar tajuk tanpa kiasan yang lain. Kau janganlah berahsia lagi. Aku tahu kalian sering texting kan ? Kalian sering 'bergaduh-manja'. Tanpa kalian sedar itu dah membuatkan aku cemburu tapi aku tetap kuatkan hati. Aku melegakan hati dengan mengatakan bahawa kalian sahabat. Dia dan kau bertemu dahulu sebelum aku. Dia lebih selesa menceritakan segalanya pada kau. Aku ? Mungkin hanya tempat lepas geram sahaja. Kau selalu bagitahu dia text kau tapi macam aku kata tadi ia sekadar tajuk. Kiasannya ? Entahla.......

Sudahlah, jika kau dan dia bahagia bersama, biar hati aku yang sakit. Cukuplah selama ini dia menanggung segala masalah. Jika dia selesa dengan kau, aku rela undur diri andai itu yang membuatkan kalian bahagia. Kebahagiaan kalian, membuatkan aku bahagia walau hati aku sakit. Biarlah satu hati yang sakit. Aku tak nak hati lain juga sakit. Maaf jika aku memendam segala rasa. Aku harap kau dan dia faham kenapa aku tak mampu meluahkan dengan kata-kata. Maafkan aku jika kehadiran aku antara kalian membuatkan kalian perlu menjaga hati aku. 

Wassalam :') Semoga kalian yang membaca faham apa yang aku rasakan selama ini :') Maaf kerana menyimpan perasaan begini :') 

Tuesday 16 October 2012

Habuk, habuk dan habuk


Holla nenek atuk makcik pakcik sekaliannn... So as long as you miss me ? "Perahsantan sana...Takde siapa rindu kau :p " K fine fine tak rindu takpe. Sorry lah dah lama menyepi, takde khabar berita mahupun post-post yang sedih atau gembira. Lol apa ayat aku ni ? Skema bukan main lagi engkooo.....Jap jap nak tiup habuk yang penuh..fuuuuuhhhhhhh..................................... haa dah bersih blog aku. Takde habuk dah. Tinggal nak cuci sawang je.

Hahh k dah panjang bebenoo muqaddimah tadi. Perkembangan terbaru aku ? Cehh belagak gaya engko pelakon wanita popular pulak en ? K k sekarang ni exam month so kebarangkalian untuk aku meng-update-kan blog ni agak susahlah adeyyy........Hahaaa !!! Macam mana nak score PAT kalau tak belajarkan ? Tapi itulah masalah aku, aku ni agak malas sikit bab-bab nak baca buku tapi aku kena jugak berusaha untuk masa depan bangsa dan negara ! Lol hahahaha tetiba. Tapi so far so good. Aku rasa kalau aku rajin lagi banyak, aku memang boleh berjaya. Cuma sekarag ni kena cekalkan sikit hati. Ohh nanti cuti en en ? Aku en nak gi jumpa *wink-wink* hahahaha rahsia ah.. Mana boleh bagi tahu. Nanti jadi gosip mak jemah pulak kan  ? k dah aku, dah malas nak menaip ni. Nanti tak pasal-pasal muntah hijau korang, kena baling dengan batu secara berjemaah pulak aku ni. Hahaha k k dah tak lawak. Nanti kalau rajin aku update lah lagi iyeee ? Bye bye
 
Template Edited By Amirah Zahidah RZ ♥ All Rights Reserved © 11 Nov 2011