Thursday 27 December 2012

Ucapan Krismas, boleh atau tidak ?



بسم الله الرحمن الرحيم 
Hari ni ada yang bertanya tadi dekat aku apa hukumnya kalau kita ucapkan Selamat Hari Natal ke Merry Christmas dan sewaktu dengannya. Ada yang menyampaikan kepada aku bahawa ucapan sedemikian adalah haram kerana ada maksud yang tersirat disebalik ucapan itu. Wallahualam~ 

Yang aku tahulah kan, apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Itulah yang aku tahu, tapi selebihnya lebih baik bertanya kepada yang lebih arif sebabnya takut apa yang aku sampaikan ini salah. Tegur jika aku salah bagi informasi :) Wassalam


Gambar takde kaitan :p

Wednesday 26 December 2012



Hari ni aku rajin sikit nak cerita pasal Mustafa Kamal Atarturk Laknatullah. Here some story for you guys. Enjoy your reading ! Cerita dia agak menarik dan aku rasa banyak pengajaran dari sini.

Mustafa Kamal Ataturk-Penegak Agenda Yahudi (Abdul Latip Talib). Mustafa Kamal Ataturk dilahirkan pada 19 Mei 1881 di Salonika (Thessaloniki). Salonika ni nama satu tempat kat Greece. Ibu kandungnya bernama Zubaidah Hanim tetapi ayah kandungnya tak dapat dikenal pasti. Pada tahun 1886 beliau mendapat pndidikan awal di sekolah rendah di Salonika. Pada awalnya, ibunya mahu beliau memasuki sekolah agama tetapi tetapi beliau tidak mahu. Beliau mahu belajar di sekolah Inggeris yang menawarkan subjek bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sekejap sahaja beliau meneruskan pelajaran di maahad dan akhirnya beliau menyambung pelajarannya di sekolah Inggeris atas dorongan Abdul Muhsin Agha, bapa angkat kepada Mustafa Kamal Ataturk. Ibunya terpaksa mengikut sahaja kehendak anaknya. Tanpa disedari Abdul Muhsin Agha mempunyai agendanya tersendiri. Beliau sudah lama berdendam dengan kerajaan Islam Uthmaniyah dan beliau mahu mendidik Mustafa Kamal Ataturk untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab untuk memusnahkan sistem khalifah di Turki

Pada tahun 1892, beliau menyambung pelajarannya di sekolah kadet di Salonika. Di sekolah inilah beliau mendapat gelaran "Kamal" yang bermaksud sempurna daripada guru Matematiknya. Mustafa Kamal Ataturk sangat meminati subjek tersebut. Abdul Muhsin Agha pula menggunakan kekayaan yang ada untuk "menyuap" guru-guru di sekolah tersebut supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada Ataturk. Setiap kali menjelangnya peperiksaan, Ataturk akan mendapat soalan bocor daripada guru-gurunya. Hal ini menyebabkan Ataturk semakin menonjol kerana kecemerlangannya di sekolah. Pada tahun 1896, beliau meneruskan pendidikannya di Maktab Tentera di Manastar dan pada tahun 1899 pula menyambung pelajarannya ke peringkat  lebih tinggi di Kolej Tentera di Istanbul.Bermulalah usaha-usaha Ataturk untuk meruntuhkankan kerajaan Islam Uthmaniyah di Turki. Beliau mula aktif dalam politik. Dengan menggunakan kuasa tentera yang ada beliau berjaya menggulingkan Sultan Abdul Hamid II. Beliau bercita-cita untuk memusnahkan sistem khalifah dan ingin menjadikan Turki sebagai sebuah negara republik. Impian beliau menjadi kenyataan pada 1923 dan secara rasminya beliau menjadi presiden Turki. Dengan menggunakan kuasa yang ada, sistem khalifah tidak lagi digunakan dan berakhirlah kerajaan Islam Turki Uthmaniyah pada 3 Mac 1924. Masyarakat Islam di Turki pada ketika itu semakin lemah disebabkan oleh diktator ini.


Pada 1923 juga,  beliau telah menandatangani Perjanjian Luzan. 

Perjanjian ini merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh Barat yang dianggap sebagai satu revolusi dalam sejarah Islam di Turki. Antara perjanjian tersebut ialah:

a) Menghapuskan sistem khalifah
b) Mengubah syariat Islam dengan undang-undang Barat
c) Mengasingkan urusan agama, politik dan negara
d) Azan ditukarkan dalam bahasa Turki
e) Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dan Al-Quran yang dicetak dalam bahasa Arab dimusnahkan
f) Memaksa kaum wanita mendedahkan aurat dengan memakai skirt dan kaum lelaki digalakkan memakai topi koboi dan tidak dibenarkan memakai serban
g) Hari cuti umum ditukarkan kepada hari Ahad

Terlalu banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Ataturk yang bertentangan dengan Islam. Antaranya ialah:

a) Menghapuskan penggunanaan kalendar Islam dan menggunakan kalendar masihi
b) Menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin
c) Undang-undang perkahwinan berdaftar digubal berdasarkan undang-undang Barat
d) Kementerian Waqaf dan Kementerian Perundangan Syariah dihapuskan
e) Masjid Aya Sophia yang asalnya merupakan gereja dan dijadikan masjid semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh akhirnya dijadikan muzium oleh Ataturk
f) Menutup semua masjid dan melarang rakyatnya solat secara berjemaah
g) Undang-undang waris dan faraid secara Islam dibatalkan
h) Menyerang Islam secara terbuka
i) Agama Islam digugurkan sebagai agama rasmi negara
j) Sekolah agama dan universiti Islam ditutup

Kesemua perubahan yang dilakukan oleh Ataturk seperti mahu menjauhkan rakyatnya daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Perubahan-perubahan ini sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan masyarakat Islam di Turki.

Saat-saat terakhir seorang diktator

Pada awalnya, beliau dikatakan menghidapi penyakit gatal-gatal. Doktor peribadinya mengatakan penyakitnya berpunca daripada hama dan debu di sekitar istananya. Akhirnya, beliau mengarahkan supaya istananya itu dibersihkan daripada hama dan debu namun penyakitnya itu tidak juga pulih malah beliau semakin tenat. Beliau disahkan menghidapi penyakit radang hati (lever cyruz) dan beberapa penyakit misteri. Selain itu. ketika saat-saat terakhirnya juga beliau sering mengadu kepanasan dan menjerit kerana tidak pernah berasa sejuk. Beliau pernah dibawa ke tengah-tengah laut untuk menyejukkan badannya, meletakkan ais dan memanggil bomba untuk menyiram seluruh badannya namun tidak berhasil. Beliau juga pernah pengsan beberapa kali dan akhiranya pada 9 November 1938 beliau disahkan meninggal dunia. 

Allah itu maha adil. Pada ketika itu tiada seorang pun yang mahu menguruskan jenazah beliau. Jenazahnya telah diawetkan selama 9 hari berturut-turut bertujuan untuk memberikan peluang kepada rakyatnya untuk melihatnya buat kali terakhir. Akhirnya, adik perempuan beliau merayu meminta ulama-ulama Turki untuk memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Seorang ulama Turki yang menyembahyangkan jenazah Ataturk iaitu Syarafuddin Affandi mengatakan beliau akan bersembahyang seperti yang diminta oleh Mustafa Kamal Ataturk. Maksudnya beliau akan membaca semua bacaan solat dalam bahasa Turki.

Sewaktu ingin mengebumikan jenazah beliau, jenazahnya pula tidak diterima bumi. Sekali lagi, jenazahnya diawetkan dan diletakkan di muzium EtnoGrafi selama 15 tahun sehingga pada tahun 1953. Setelah 15 tahun berlalu, jenazahnya ingin dikebumikan kembali, namun sekali lagi Allah menunjukkan kekuasaannya. Setiap kali ditanam, keesokan harinya kubur itu berlubang dan kerandanya dimuntahkan keluar. Akhirnya, jenazah beliau tidak ditanam tetapi diletakkan di satu bukit dan ditanam di celahan batu-batu marmar seberat 44 tan dan masih kekal sehingga ke hari ini.

Ulama-ulama pada ketika itu mengatakan jenazah beliau ini bukan sahaja tidak diterima di bumi Turki malah di semua bumi Allah.

Monday 24 December 2012



Haii everyone !! So yeah, so long time no see lah kan ? Biasalah kerajinan yang terlampau menghilang sekelip mata. Jadi bila rajin nak menaip blog je ada je halangannya, so tak lah menulisnya pun. 

So how cuti sekolah ? Seronokkan ? Gila tak seronok, duk rumah goyang kaki, makan, tidur je itu tak seronok ? Siap boleh lepak dengan kawan-kawan lagi. Mana taknya cuti hampir 2 bulan, ke betul-betul 2 bulan ? Aku pun tak ingat dah. Yang aku tahu, 2 Januari 2013 dah start sekolah balik. 

Persiapan sekolah ? Confirm, sah lagi sahih, aku memang tak beli apa-apa pun. Re-used yang tahun lepas punya je la. Nak beli pun next year last sekolah. SPM candidate lah katakan. Gila tak cuak ? Entah macam manalah aku tahun depan. Aku memang dah tekad nak struggle, tapi entohleee........takut harapan tinggal bayang je..................tapi aku harap tak lah macam tu. 

Cakap pasal SPM, nampaknya tahun depan last year lah aku sekolah kan ? Mungkin akan rindu zaman sekolah, atau mungkin tidak. Hoiii jangan memain ! Zaman sekolah banyak kenangan okey, pahit manis kita bersama. Susah senang menangis ketawa semua bersama. Bak kata cikgu Izhar *cikgu tuition addmath* "JANGAN DICIPTA SEBUAH PERTEMUAN ANDAI TAKUT AKAN PERPISAHAN" haa, lebih kurang macam ni lah apa yang cikgu cakap, tapi ada betulnya juga apa yang cikgu cakap tu, kalau takut berpisah jangan pernah terdetik nak berjumpa, takut bila dah jumpa nanti, nak berpisah meraung satu negara, banjir Malaysia ni. K auta je lebih ni. 

So aku rasa ni je kot yang aku rasa rajin nak cakap, jumpa lagi nanti. Bye !

Saturday 27 October 2012



Setiap hati mempunyai berbagai perasaan betul tak ? Macam tu juga hati aku. Aku ada rasa gembira, sedih, cemburu dan bermacam perasaan lagi aku rasa, begitu juga yang lain. Cemburu ? Suatu perasaan yang sangat sakit bila kita rasai. Sangat-sangat sakit bila dipendam dan sangat-sangat susah untuk diluahkan. 

Kepada awak berdua, jujur hati aku cemburu dengan apa yang berlaku. Terhadap keakraban kalian, terhadap setiap gurauan kalian dan berbagai lagi. Hati aku sakit, hati aku kadang kala terluka dan hati aku kadang kala menangis sendiri. Susah, susah untuk diluahkan dengan kata-kata. Mungkin aku perlu biarkan kalian bersama jika kalian serasi. Biarlah hati aku sakit, biarlah hati aku terluka, janji kalian bahagia.

Aku dah pernah merasakan begini sebelum ni. Aku mengundur diri dengan penuh cacian dan fitnah. Aku terima kerana ramai menganggap aku yang salah kerana aku melarikan diri, tetapi aku melarikan diri kerana tak nak sesiapa menerima tohmahan itu.Cemburu ? Jealous ? Satu makna yang sama. Jujur aku kata, setiap kali keakraban kalian aku tahu, aku merasa aku harus pergi. Biarlah hati aku bersedih tapi kalian bahagia. Maaflah seandainya ada yang berasa hati, tapi in yang aku rasakan. Kehadiran dia terlebih dahulu sebelum aku. Tanpa dia, kau tidak bertemu dengan aku. Aku akui setiap perkara kau bagitahu aku, tapi hanya sekadar tajuk tanpa kiasan yang lain. Kau janganlah berahsia lagi. Aku tahu kalian sering texting kan ? Kalian sering 'bergaduh-manja'. Tanpa kalian sedar itu dah membuatkan aku cemburu tapi aku tetap kuatkan hati. Aku melegakan hati dengan mengatakan bahawa kalian sahabat. Dia dan kau bertemu dahulu sebelum aku. Dia lebih selesa menceritakan segalanya pada kau. Aku ? Mungkin hanya tempat lepas geram sahaja. Kau selalu bagitahu dia text kau tapi macam aku kata tadi ia sekadar tajuk. Kiasannya ? Entahla.......

Sudahlah, jika kau dan dia bahagia bersama, biar hati aku yang sakit. Cukuplah selama ini dia menanggung segala masalah. Jika dia selesa dengan kau, aku rela undur diri andai itu yang membuatkan kalian bahagia. Kebahagiaan kalian, membuatkan aku bahagia walau hati aku sakit. Biarlah satu hati yang sakit. Aku tak nak hati lain juga sakit. Maaf jika aku memendam segala rasa. Aku harap kau dan dia faham kenapa aku tak mampu meluahkan dengan kata-kata. Maafkan aku jika kehadiran aku antara kalian membuatkan kalian perlu menjaga hati aku. 

Wassalam :') Semoga kalian yang membaca faham apa yang aku rasakan selama ini :') Maaf kerana menyimpan perasaan begini :') 

Tuesday 16 October 2012

Habuk, habuk dan habuk


Holla nenek atuk makcik pakcik sekaliannn... So as long as you miss me ? "Perahsantan sana...Takde siapa rindu kau :p " K fine fine tak rindu takpe. Sorry lah dah lama menyepi, takde khabar berita mahupun post-post yang sedih atau gembira. Lol apa ayat aku ni ? Skema bukan main lagi engkooo.....Jap jap nak tiup habuk yang penuh..fuuuuuhhhhhhh..................................... haa dah bersih blog aku. Takde habuk dah. Tinggal nak cuci sawang je.

Hahh k dah panjang bebenoo muqaddimah tadi. Perkembangan terbaru aku ? Cehh belagak gaya engko pelakon wanita popular pulak en ? K k sekarang ni exam month so kebarangkalian untuk aku meng-update-kan blog ni agak susahlah adeyyy........Hahaaa !!! Macam mana nak score PAT kalau tak belajarkan ? Tapi itulah masalah aku, aku ni agak malas sikit bab-bab nak baca buku tapi aku kena jugak berusaha untuk masa depan bangsa dan negara ! Lol hahahaha tetiba. Tapi so far so good. Aku rasa kalau aku rajin lagi banyak, aku memang boleh berjaya. Cuma sekarag ni kena cekalkan sikit hati. Ohh nanti cuti en en ? Aku en nak gi jumpa *wink-wink* hahahaha rahsia ah.. Mana boleh bagi tahu. Nanti jadi gosip mak jemah pulak kan  ? k dah aku, dah malas nak menaip ni. Nanti tak pasal-pasal muntah hijau korang, kena baling dengan batu secara berjemaah pulak aku ni. Hahaha k k dah tak lawak. Nanti kalau rajin aku update lah lagi iyeee ? Bye bye

Friday 8 June 2012


Hoi hoi hoi... Tumpang post kejap eh , almaklum aku dah delete blog aku. Saya sudah meng-edit kan blog cik Farah Wahida binti Abu Supian ni. Well~ tetibe menjadi rajin semacam. Okey , aku tau aku tak power. Walau ape pun Farah ,,,, ni jelah yang aku mampu buat LOL :P Kbye! Haha..

E-cluz : Kawan kau yang baik [perasan lebih]
           ~Nur Athirah binti Mohamad Fauzi...peace yawrr..

Sunday 20 May 2012



Fuhhh fuhhh. Shuuhhhhh shuhhhhh pergi sana habuk. Hoihhh.......... Banyaknya habuk. Berapa bulan aku tak update ni ? *cakap-dalam-hati* 

Eh, hye u allllllsssss :) Miss u all so much damn ! Ktipu tipu. Betullah... Kbetuk betul :) Rindu aku tak ? Tak lettew. Eleleleleeeee..... Ngakulah korang rindu aku. Ktak. Bye.

So, hari Rabu hari tuh aku start exam mid year. EXAM ?? Ye sayang.. Exam. Mid-year exam. Aku ? Memang tak lah bersedia sangat untuk exam kali ni. Tapi so far aku jawab subjek-subjek untuk beberapa hari ni Alhamdulillah la. Boleh jawab dengan bagus :)

............................................???????????????

Next week semua subjek kena baca ~..~ Heaven doe nak baca-baca ni. Tadi exam sejarah pun aku rasa macam tettttttt...................
Aku harap akan dapat keputusan macam ni 


Aku tak tahu lah dapat maintain ke tak result ni. K la actually tak tahu nak cerita apa. Kbyeee


Saturday 10 March 2012


Awak semua dah tidur ke belum ? mesti ramai belum tidur , yela esok kan cutiiiiiiiiiiiiiii........................weeeeheeeeeeeeeeeeeeeeeeee !!!!!!!!!!!! suka gila dowh dapat cuti lama..seminggu lama ke ? *okey-bersyukur* Alhamdulillah..

Petang tadi kan kan , Alhamdulillah aku dapat rezeki..aku dapat kalkulator baru dengan duit RM50..kenapa aku dapat ? okey aku cerita..actually duit ni untuk pelajar cemerlang PMR 2011 tahun lepas..aku dapat sebab result aku antara 4A , 5A , 6A , 7A , 8A dengan 9A..jadi aku diantara itu..malam selasa tuh , aku dengar je la diorang yang pandai-pandai yang dapat 7A ke atas cerita pasal dapat duit tuh..aku pun cakap alaa macam lah aku dapat..*frush!* then , esok lepas balik sekolah aku tertidur..bangun-bangun mak aku kata ada surat cinta untuk aku..aku pun excited gila lah kan..tengok-tengok dari parlimen Sepang..tak sangka aku pun dapat sumbangan dari diorang..aku ouh aku dapat ? really ???!!!!! yela , diorang kata dapat RM200 sorang memang aku semangat lah nak ambillkan duit tuh..haha..


Aku pun rasa macam aku bawa seguni duit tahu tak ? yela RM200 tuh banyak gila keyh..sangat banyak..macam-macam aku boleh beli tahu..hahahaha...so tadi pun siap-siap lah pakai baju kurung colour purple sebab dah janji dengan Sahira and Athirah nak pakai colour purple tuh..semangat gila keyh nak ambil duit , tapi hancur harapan..rupa-rupanya 7A , 8A dengan 9A dapat RM100 , 6A , 5A dengan 4A dapat RM50..tapi ape pun , Alhamdulillah..aku bersyukur..

Tuh je la untuk malam ni..aku nak tidur la..ngantuk sudah..esok nak bangun awal nak tolong mak aku buat kuih..and by the way , korang nak tau ? k , tak nak takyah sibuk baca..and yang nak tau terus kan baca..
Atuk dengan nenek aku datang rumah..tadi sampai *kbatak* yela..lama gila weyh , tak jumpa..last jumpa time raya tahun lepas..lepas tuh tiap kali nak balik kampung ada je masalah yang timbul..huhu...k ahh.. byeee you alll.... :)

kebabomm :)))


Hello alls :) *mata-kelip-kelip* how long aku tak meng-up-date blog nie bajet macam duduk asrama je aku nie..blog tak bukak langsung , nak blogwalking jauh sekali..betul kata orang time form 4 bukan masa nak holiday or better aku sebut honeymoon..banyak gila wa cakap kat lu orang..homework makin double triple dari time form 1 , form 2 , form 3 dulu..tak de masa nak mengelat buat kerja..sekali gedebuk cikgu bagi homework macam sebulan cuti biar kena hantar esok pon..


                                                   

Lebih kurang macam nie la banyaknya homwork yang cikgu bagi..nak tinggal buku bawah meja tak boleh sebab kelas aku budak sesi petang yang guna agak nakal dan jahat sikit..so tak berani sama sekali nak tinggalkan buku macam tahun lepas..tahun lepas boleh cerita la , kelas aku tak share dengan budak petang..siap ada kunci lagi..

Tapi apa pon aku agak lega sebab cuti seminggu nie tak banyak sangat homework sebab minggu ni kitorang ada exam , so cikgu pun tak sempat nak masuk bagi homework kecuali cikgu BM semalam..mentang-mentang cikgu lain tak bagi homework , cikgu ni bagi kitorang homework banyak lah pulak..dua karangan and kena bedah siasat tentang buku Harga Remaja tuh..memang senang lah dengar , tapi yang nak buatnya nie haa malas yang teramat sangat..hahaha..k


Kershing-kershing..haha..dah macam iklan MISTER POTATO tuh je..kershing-kershing..aku suka sebab macam unik je bunyi dia..so , start pun CUTI SEKOLAH start hari ini..hahahahahahaha...k aku suka gilaaaa.................Isnin ni aku , my mom , my babah , my adik , my grandpa and my grandma nak pergi merantau ke negeri orang iaitu Sabah...rumah my makcik..hehe..my along and my angah tinggal kat rumah..hahaha..padan muka..sebab angah aku tengah Latihan Industri and along aku ada kelas so tak boleh ponteng..


Okey taknak gelakkan diorang kalau tak nanti diorang merajuk..hahaha..k tipu..okey lah , sampai sini dulu lah entri aku kali nie..macam dah panjang je..mak aku pun dah panggil suruh tolong masak..kbye semua..nantikan next entri keyh..ceyeah ! :) love you all xoxo :D




Sunday 5 February 2012


Hello semua ! hahaha.. Happy lah sangat kan kan kan ? Tak pon sebenarnya.. So , aku nak bagi tau nie , tlong jangan ingat aku macam aku yang dulu okeyy.. Aku yang dulu dengan sekarang aku harap banyak sangat berubah.. Tapi aku rasa semuanya same je.. Takde yang berubah kot.. Aku try untuk jadi lebih baik dari dulu.. So.... 



Okeyy tuh je.. Kbye !

Friday 3 February 2012



Hello kaum hawa dan kaum adam ? Ape khabar semua ? Sehat tak ? If tak sehat , better u get off right now and take a little bit of rest *ape-aku-melalut-?* So far so good .. Ape yang good nyer ? Mesti lah sekolah .. There's no more cry *betol-ke* , no more rasa macam , "Arghhhh ! Aku terpinggir !" , lagi rasa ape ea ? Ntah laa ~ Just forget it .. So bila dah sekolah of course lah kerja sekolah dah tinggi bertimbun macam gunung Everest *betul-ke-aku-eja* lantak* Tinggal masa nak meletup je .. Dengan aktiviti kokurikulum nye lagi .. Hidup hidup .. Nak berjaya macam nie lah gaya nye .. 

Hari nie 3/2/2012 , ramai kengkawan yang baru kenal dah pergi ke sekolah sekolah elit yang di mohon .. So , untuk korang semua , take care tau , jage kesihatan , jage makan , jage minum , jage diri , jage semua lah .. Kalau ade orang buli bagi tau cikgu tak pon bagi tau aku *tipu-je* .. Nanti korang buli siapa yang buli korang tuh .. Tapi jangan dendam dendam eh ? Tak baik tau .. Nak balas , time tuh juga korang balas .. Jangan simpan sampai korang jadi gilaa tau ~ Aku tak nak kawan aku ada yang gilaa ~

Actually aku malas macam aku ni bos je .. Suruh je orang buat untuk aku .. Kalau ada orang rajin nak taip kan blog untuk aku , aku dah duduk silang kaki sambil baca surat khabar terbalik .. Bagi je tau nak taip ape .. Nanti ade orang taip kan .. Indah nye hidup ~ haha .. Melalut .. Kbye !

Monday 23 January 2012


Okeyy ape korang tengah buat sekarang nie ? Pada jam tepat 1.00AM ? Mesti laa ramai yang dah berdengkur mengalah kan lion .. Haih ! Aku ? Ntah bile nak tido pon tak tau .. bosan dowh ! nak mecej die ? Ceyh ! encet aku abang aku gune .. huh ! nak call ? sian .. takot die da tido pulak .. hmm .. Saba je la .. hmm .. So far how my school ? Ceh ! sgt la ohsemmm .. tapi ken .. aku sediyy sebab aku rase agak terpinggir dari Athirah dengan Sahira .. maybe ak je rase kot sebab kitorang da tak satu kelas .. macam tahun lepas even Athirah tak satu kelas dengan aku and Sahira , tapi kelas sebelah sebelah , so tak kesah sangat la .. rehat pon same same .. now everything has been change .. nak rehat same pon susah ..hmm .. just maybe ade yang pernah rase macam aku rase sekarang nie .. ouh sangat lah ohsemm rase nyer .. sah lagi sahih .. macam mane aku ubat hati yang luke nie ? soalan cepumas ! aku akan sebok kan diri dengan keje yang menggunung sampai tak larat then aku akan tido .. kan mudah ? CEHHH !!! tapi nie sume perkare betol ..

Actually aku tak tau nak update ape so bagi la citer sediyy seket .. tengok la esok aku rajin aku update keyh ? Kbye !

Sunday 22 January 2012

Skype dengan si cilik


Ape kabar sume ? first at all soryy la coz lame tak update blog nie .. agak berhabuk jugak laa .. yela budak SEKOLAH kan .. busy dengan homework yang tak pernah habis walaupun baru je masok sekolah bape minggu tambahan dengan aktiviti kokurikulum nyer  dengan tuisyen nyer .. haih ! penat memang penat sampai tak terkate , tapi itu lah yang kene hadapi sebagai pelajar yang berdedikasi .. okeyy .. haha .. perasan la aku nie ..

Oleh sebab semalam aku dilande kebosanan , ak pon skype laa dengan si cilik omeyy nie .. name die Nur Anis ..  sebok die nak menekan keyboard tuh .. ketak ketuk ketak ketuk .. haha .. sampai kakak die marah ... jom layan muke omeyy die nie ..



Macam2 gaye die buat ..


Tengok la nie .. xreti dok diam 



Time nie merajok sebab kakak die marah die tekan tekan keyboard tuh .. haha .. muke tak boleh bla je .. Actually banyak lagi gambar tapi malas nak warne warne kan gambar aku yang comel tuh .. kbye ! :) will miss u all ..

 
Template Edited By Amirah Zahidah RZ ♥ All Rights Reserved © 11 Nov 2011