Thursday 27 December 2012

Ucapan Krismas, boleh atau tidak ?



بسم الله الرحمن الرحيم 
Hari ni ada yang bertanya tadi dekat aku apa hukumnya kalau kita ucapkan Selamat Hari Natal ke Merry Christmas dan sewaktu dengannya. Ada yang menyampaikan kepada aku bahawa ucapan sedemikian adalah haram kerana ada maksud yang tersirat disebalik ucapan itu. Wallahualam~ 

Yang aku tahulah kan, apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Itulah yang aku tahu, tapi selebihnya lebih baik bertanya kepada yang lebih arif sebabnya takut apa yang aku sampaikan ini salah. Tegur jika aku salah bagi informasi :) Wassalam


Gambar takde kaitan :p

1 comment:

Tira said...

Assalam, sayang. Jom join GA ni.

http://pelangiraudhah.blogspot.com/2014/01/first-annivesary-giveaway.html :))

 
Template Edited By Amirah Zahidah RZ ♥ All Rights Reserved © 11 Nov 2011