Thursday 27 December 2012

Ucapan Krismas, boleh atau tidak ?



بسم الله الرحمن الرحيم 
Hari ni ada yang bertanya tadi dekat aku apa hukumnya kalau kita ucapkan Selamat Hari Natal ke Merry Christmas dan sewaktu dengannya. Ada yang menyampaikan kepada aku bahawa ucapan sedemikian adalah haram kerana ada maksud yang tersirat disebalik ucapan itu. Wallahualam~ 

Yang aku tahulah kan, apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Itulah yang aku tahu, tapi selebihnya lebih baik bertanya kepada yang lebih arif sebabnya takut apa yang aku sampaikan ini salah. Tegur jika aku salah bagi informasi :) Wassalam


Gambar takde kaitan :p

Wednesday 26 December 2012



Hari ni aku rajin sikit nak cerita pasal Mustafa Kamal Atarturk Laknatullah. Here some story for you guys. Enjoy your reading ! Cerita dia agak menarik dan aku rasa banyak pengajaran dari sini.

Mustafa Kamal Ataturk-Penegak Agenda Yahudi (Abdul Latip Talib). Mustafa Kamal Ataturk dilahirkan pada 19 Mei 1881 di Salonika (Thessaloniki). Salonika ni nama satu tempat kat Greece. Ibu kandungnya bernama Zubaidah Hanim tetapi ayah kandungnya tak dapat dikenal pasti. Pada tahun 1886 beliau mendapat pndidikan awal di sekolah rendah di Salonika. Pada awalnya, ibunya mahu beliau memasuki sekolah agama tetapi tetapi beliau tidak mahu. Beliau mahu belajar di sekolah Inggeris yang menawarkan subjek bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sekejap sahaja beliau meneruskan pelajaran di maahad dan akhirnya beliau menyambung pelajarannya di sekolah Inggeris atas dorongan Abdul Muhsin Agha, bapa angkat kepada Mustafa Kamal Ataturk. Ibunya terpaksa mengikut sahaja kehendak anaknya. Tanpa disedari Abdul Muhsin Agha mempunyai agendanya tersendiri. Beliau sudah lama berdendam dengan kerajaan Islam Uthmaniyah dan beliau mahu mendidik Mustafa Kamal Ataturk untuk menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab untuk memusnahkan sistem khalifah di Turki

Pada tahun 1892, beliau menyambung pelajarannya di sekolah kadet di Salonika. Di sekolah inilah beliau mendapat gelaran "Kamal" yang bermaksud sempurna daripada guru Matematiknya. Mustafa Kamal Ataturk sangat meminati subjek tersebut. Abdul Muhsin Agha pula menggunakan kekayaan yang ada untuk "menyuap" guru-guru di sekolah tersebut supaya mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada Ataturk. Setiap kali menjelangnya peperiksaan, Ataturk akan mendapat soalan bocor daripada guru-gurunya. Hal ini menyebabkan Ataturk semakin menonjol kerana kecemerlangannya di sekolah. Pada tahun 1896, beliau meneruskan pendidikannya di Maktab Tentera di Manastar dan pada tahun 1899 pula menyambung pelajarannya ke peringkat  lebih tinggi di Kolej Tentera di Istanbul.Bermulalah usaha-usaha Ataturk untuk meruntuhkankan kerajaan Islam Uthmaniyah di Turki. Beliau mula aktif dalam politik. Dengan menggunakan kuasa tentera yang ada beliau berjaya menggulingkan Sultan Abdul Hamid II. Beliau bercita-cita untuk memusnahkan sistem khalifah dan ingin menjadikan Turki sebagai sebuah negara republik. Impian beliau menjadi kenyataan pada 1923 dan secara rasminya beliau menjadi presiden Turki. Dengan menggunakan kuasa yang ada, sistem khalifah tidak lagi digunakan dan berakhirlah kerajaan Islam Turki Uthmaniyah pada 3 Mac 1924. Masyarakat Islam di Turki pada ketika itu semakin lemah disebabkan oleh diktator ini.


Pada 1923 juga,  beliau telah menandatangani Perjanjian Luzan. 

Perjanjian ini merupakan syarat yang telah ditetapkan oleh Barat yang dianggap sebagai satu revolusi dalam sejarah Islam di Turki. Antara perjanjian tersebut ialah:

a) Menghapuskan sistem khalifah
b) Mengubah syariat Islam dengan undang-undang Barat
c) Mengasingkan urusan agama, politik dan negara
d) Azan ditukarkan dalam bahasa Turki
e) Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dan Al-Quran yang dicetak dalam bahasa Arab dimusnahkan
f) Memaksa kaum wanita mendedahkan aurat dengan memakai skirt dan kaum lelaki digalakkan memakai topi koboi dan tidak dibenarkan memakai serban
g) Hari cuti umum ditukarkan kepada hari Ahad

Terlalu banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Ataturk yang bertentangan dengan Islam. Antaranya ialah:

a) Menghapuskan penggunanaan kalendar Islam dan menggunakan kalendar masihi
b) Menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin
c) Undang-undang perkahwinan berdaftar digubal berdasarkan undang-undang Barat
d) Kementerian Waqaf dan Kementerian Perundangan Syariah dihapuskan
e) Masjid Aya Sophia yang asalnya merupakan gereja dan dijadikan masjid semasa pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh akhirnya dijadikan muzium oleh Ataturk
f) Menutup semua masjid dan melarang rakyatnya solat secara berjemaah
g) Undang-undang waris dan faraid secara Islam dibatalkan
h) Menyerang Islam secara terbuka
i) Agama Islam digugurkan sebagai agama rasmi negara
j) Sekolah agama dan universiti Islam ditutup

Kesemua perubahan yang dilakukan oleh Ataturk seperti mahu menjauhkan rakyatnya daripada ajaran Islam yang sebenarnya. Perubahan-perubahan ini sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan masyarakat Islam di Turki.

Saat-saat terakhir seorang diktator

Pada awalnya, beliau dikatakan menghidapi penyakit gatal-gatal. Doktor peribadinya mengatakan penyakitnya berpunca daripada hama dan debu di sekitar istananya. Akhirnya, beliau mengarahkan supaya istananya itu dibersihkan daripada hama dan debu namun penyakitnya itu tidak juga pulih malah beliau semakin tenat. Beliau disahkan menghidapi penyakit radang hati (lever cyruz) dan beberapa penyakit misteri. Selain itu. ketika saat-saat terakhirnya juga beliau sering mengadu kepanasan dan menjerit kerana tidak pernah berasa sejuk. Beliau pernah dibawa ke tengah-tengah laut untuk menyejukkan badannya, meletakkan ais dan memanggil bomba untuk menyiram seluruh badannya namun tidak berhasil. Beliau juga pernah pengsan beberapa kali dan akhiranya pada 9 November 1938 beliau disahkan meninggal dunia. 

Allah itu maha adil. Pada ketika itu tiada seorang pun yang mahu menguruskan jenazah beliau. Jenazahnya telah diawetkan selama 9 hari berturut-turut bertujuan untuk memberikan peluang kepada rakyatnya untuk melihatnya buat kali terakhir. Akhirnya, adik perempuan beliau merayu meminta ulama-ulama Turki untuk memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Seorang ulama Turki yang menyembahyangkan jenazah Ataturk iaitu Syarafuddin Affandi mengatakan beliau akan bersembahyang seperti yang diminta oleh Mustafa Kamal Ataturk. Maksudnya beliau akan membaca semua bacaan solat dalam bahasa Turki.

Sewaktu ingin mengebumikan jenazah beliau, jenazahnya pula tidak diterima bumi. Sekali lagi, jenazahnya diawetkan dan diletakkan di muzium EtnoGrafi selama 15 tahun sehingga pada tahun 1953. Setelah 15 tahun berlalu, jenazahnya ingin dikebumikan kembali, namun sekali lagi Allah menunjukkan kekuasaannya. Setiap kali ditanam, keesokan harinya kubur itu berlubang dan kerandanya dimuntahkan keluar. Akhirnya, jenazah beliau tidak ditanam tetapi diletakkan di satu bukit dan ditanam di celahan batu-batu marmar seberat 44 tan dan masih kekal sehingga ke hari ini.

Ulama-ulama pada ketika itu mengatakan jenazah beliau ini bukan sahaja tidak diterima di bumi Turki malah di semua bumi Allah.

Monday 24 December 2012



Haii everyone !! So yeah, so long time no see lah kan ? Biasalah kerajinan yang terlampau menghilang sekelip mata. Jadi bila rajin nak menaip blog je ada je halangannya, so tak lah menulisnya pun. 

So how cuti sekolah ? Seronokkan ? Gila tak seronok, duk rumah goyang kaki, makan, tidur je itu tak seronok ? Siap boleh lepak dengan kawan-kawan lagi. Mana taknya cuti hampir 2 bulan, ke betul-betul 2 bulan ? Aku pun tak ingat dah. Yang aku tahu, 2 Januari 2013 dah start sekolah balik. 

Persiapan sekolah ? Confirm, sah lagi sahih, aku memang tak beli apa-apa pun. Re-used yang tahun lepas punya je la. Nak beli pun next year last sekolah. SPM candidate lah katakan. Gila tak cuak ? Entah macam manalah aku tahun depan. Aku memang dah tekad nak struggle, tapi entohleee........takut harapan tinggal bayang je..................tapi aku harap tak lah macam tu. 

Cakap pasal SPM, nampaknya tahun depan last year lah aku sekolah kan ? Mungkin akan rindu zaman sekolah, atau mungkin tidak. Hoiii jangan memain ! Zaman sekolah banyak kenangan okey, pahit manis kita bersama. Susah senang menangis ketawa semua bersama. Bak kata cikgu Izhar *cikgu tuition addmath* "JANGAN DICIPTA SEBUAH PERTEMUAN ANDAI TAKUT AKAN PERPISAHAN" haa, lebih kurang macam ni lah apa yang cikgu cakap, tapi ada betulnya juga apa yang cikgu cakap tu, kalau takut berpisah jangan pernah terdetik nak berjumpa, takut bila dah jumpa nanti, nak berpisah meraung satu negara, banjir Malaysia ni. K auta je lebih ni. 

So aku rasa ni je kot yang aku rasa rajin nak cakap, jumpa lagi nanti. Bye !
 
Template Edited By Amirah Zahidah RZ ♥ All Rights Reserved © 11 Nov 2011