Monday, 24 December 2012



Haii everyone !! So yeah, so long time no see lah kan ? Biasalah kerajinan yang terlampau menghilang sekelip mata. Jadi bila rajin nak menaip blog je ada je halangannya, so tak lah menulisnya pun. 

So how cuti sekolah ? Seronokkan ? Gila tak seronok, duk rumah goyang kaki, makan, tidur je itu tak seronok ? Siap boleh lepak dengan kawan-kawan lagi. Mana taknya cuti hampir 2 bulan, ke betul-betul 2 bulan ? Aku pun tak ingat dah. Yang aku tahu, 2 Januari 2013 dah start sekolah balik. 

Persiapan sekolah ? Confirm, sah lagi sahih, aku memang tak beli apa-apa pun. Re-used yang tahun lepas punya je la. Nak beli pun next year last sekolah. SPM candidate lah katakan. Gila tak cuak ? Entah macam manalah aku tahun depan. Aku memang dah tekad nak struggle, tapi entohleee........takut harapan tinggal bayang je..................tapi aku harap tak lah macam tu. 

Cakap pasal SPM, nampaknya tahun depan last year lah aku sekolah kan ? Mungkin akan rindu zaman sekolah, atau mungkin tidak. Hoiii jangan memain ! Zaman sekolah banyak kenangan okey, pahit manis kita bersama. Susah senang menangis ketawa semua bersama. Bak kata cikgu Izhar *cikgu tuition addmath* "JANGAN DICIPTA SEBUAH PERTEMUAN ANDAI TAKUT AKAN PERPISAHAN" haa, lebih kurang macam ni lah apa yang cikgu cakap, tapi ada betulnya juga apa yang cikgu cakap tu, kalau takut berpisah jangan pernah terdetik nak berjumpa, takut bila dah jumpa nanti, nak berpisah meraung satu negara, banjir Malaysia ni. K auta je lebih ni. 

So aku rasa ni je kot yang aku rasa rajin nak cakap, jumpa lagi nanti. Bye !

No comments:

 
Template Edited By Amirah Zahidah RZ ♥ All Rights Reserved © 11 Nov 2011