Tuesday 11 October 2011

Arahan Ketua Pengawas..

Assalamualaikum..
Kali nie nak citer pasal araan ketua pengawas sewaktu atau setiap kali exam...

Okey para calon diminta masuk ke dalam dewan pepriksaan dan duduk ditempat masingmasing dengan senyap..
Sila keluarkan slip peperiksaan, kad pengenalan atau slip pengesahan sekiranya anda tidak membawa salah satu daripadanya..
Baiklah para guru pengawas akan mengagihkan kertas soalan kepada para calon sekarang..
Sekarang diminta anda melihat buku soalan anda. Pastikan anda mendapat kertas soalan yang betul, iaitu kertas Penilaian Menengah Rendah 2011 (mata pelajaran( (kod kertas).
Anda tidak dibenarkan membawa sebarang kertas, nota atau apa sahaja yang berkaitan yang boleh membuat anda dihalang atau tidak dibenarkan untuk meneruskan peperiksaan untuk subjek ini atau subjek yang lain.
Para calon tidak dibenarkan keluar dari dalam dewan 30 minit yang pertama dan 10 minit yang terakhir kecuali anda mempunyai alasan atau halhal tertentu.
Para calon yang mempunyai masalah kesihatan atau apa sahaja masalah lain sila angkat tangan dan guru pengawas akan datang kepada anda.
---------------------
Selepas 5minit,
Baiklah para calon boleh mula menjawab sekarang.
-------------------
Selepas beberapa lama menjawab soalan,
Ikut masa yang di tetapkan.
--------------------
Baiklah para calon,
Anda ada 10minit lagi. Sila check kertas soalan anda. Pastikan semua soalan telah dijawab dan para calon tidak dibenarkan keluar dari dalam dewan kecuali dengan masalah tertentu.
--------------------
Baiklah calon. Masa telah tamat. Sila letakkan pen atau pensil anda. Guru pengawas akan menguip buku jawapan / kertas OMR anda sekarang.
Kita akan berjumpa semula pada petang ini / pagi esok untuk kertas yang seterusnya.
Anda boleh keluar dan bawa semua barang anda termasuk IC dan slip peperiksaan anda.

No comments:

 
Template Edited By Amirah Zahidah RZ ♥ All Rights Reserved © 11 Nov 2011